Welcome evelibadi BMine | Home
AiniMohayat


TiadaHala
Tuesday 13 March 2012 | 3/13/2012 12:38:00 pm | 0 comments
Assalamualaikum.

Aku baca rantai-rantai novel "Bogel Menuju Tuhan-Zahiril Adzim". One of my favorite artist. Bogel menuju tuhan? Mungkin aku katakan, tiada amal menuju ke tuhan. Itu yang mungkin aku maksudkan. Mungkin banyak yang perlu diungkaikan, aku cuma belum membaca.

Aku, aku cuma membayangkan nasib. Nasib cinta yang tak terungkai. Bicara bait-bait novel, teringat aku dekat surat yang menjadi saksi cinta, kononya dulu. Surat yang aku luahkan perasaan aku. Aku tulis, bait-bait yang kini jika aku lihat kembali, mungkin geli geliman. Ada aku ungkap kan, 'mungin jika ditakdirkan, cinta kita boleh dinovelkan' tersenyum aku teringat kembali.

Hanya tersenyum. Perkataan ayat yang telah terkantoi agaknya. Aku terseyum kembali. Alangkah indah zaman tersebut, kononya. Aku hilang akal. Aku mati kutu disini.



Hai, ini aku. Selamanya aku. Aku ialah nyata, bukan mimpi mahupun khayalan. Aku sendiri yang mereka, Aku yang menempuh hidup ini. Aku dan aku segalanya tentang aku. Sekarang ye sekarang, aku hanya mampu senyum lihat semua yang aku ada makin pudar. Oh tidak, aku tidak menyesal. Aku cuma senyum.

Bait bicara hati aku mungkin terungkai. Aku diam diam dan diam. Ini sahaja. Aku hilang hala

Older Post